FaCe THe TRuTH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia,


Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini.
Diharapkan kepada semua rakan-rakan sentiasa sihat minda dan tubuh.
Kepada yang membaca hasil nukilan ini, terima kasih daun keladi diucapkan, samada anda berkenan atau tidak dengan isi kandungan nukilan ni.
Nukilan ini hanya bertujuan untuk memberikan informasi kepada semua umat manusia umumnya, rakyat Malaysia khasnya dan semua yang memahami Bahasa Melayu khususnya.
Diharap anda memahami tujuan nukilan ini dibuat. Jikalau ada salah dan silap dalam nukilan ini, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf dan tolong betulkan segala kesilapan saya.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua...
Amin...


Menyusur Melaka dengan beca,
Jalan tersilap kerana khilaf,
Terima kasih sudi membaca,
Salah silap mohon dimaaf.


Wassalamualaikum dan Salam Sejahtera.
"THe-ReaL-TiMe"

Sunday, February 28, 2010

THE ONE EYED

0 comments
Bermata satu (ONE EYED) bukanlah satu gelaran yang asing lagi. Gelaran ini tak lain tak bukan khas merujuk kepada MAKHLUK JAHAT yang akan menyesatkan seluruh umat manusia secara umumnya. Bagi orang Islam, makhluk ini dikenali sebagai DAJJAL. Namun bagi orang Kristian, ia dikenali sebagai ANTICHRIST.

DAJJAL mendapat gelaran "al-Masih ad-Dajjal" disamping Nabi Isa a.s. (Jesus) yang juga digelar al-Masih. Antara sebab kedua-duanya digelar al-Masih adalah kerana kedua-dua akan kembali ke dunia dengan agenda berbeza pada akhir zaman nanti (sebelum Kiamat). DAJJAL dengan misi menyesatkan manusia dan menguasai dunia. Manakala, Nabi Isa a.s. akan diturun ke dunia untuk menghapuskan DAJJAL.

*DAJJAL dipercayai pernah dijaga dan diajar oleh MALAIKAT JIBRIL sebelum dilepaskan ke dunia untuk bergaul dengan manusia. DAJJAL pernah menyaksikan keagungan yang dimilik oleh FIRAUN MESIR yang menyebabkannya ingin menjadi seagung FIRAUN. DAJJAL berusaha mencari keagungan diseluruh dunia sebelum menemui sekumpulan manusia yang sedia mengagungkannya namun ianya tidak setanding dengan FIRAUN. Lalu DAJJAL pun membuka sebuah kerajaan yang terdiri daripada golongan JIN dan SYAITAN. Kerajaan ini dikenali sebagai SEGI TIGA BERMUDA (BERMUDA TRIANGLE).

Mengikut sumber Hadis, DAJJAL diperkatakan memiliki beberapa ciri yang menakutkan.
  • Bermata satu namun terpecah pemahamannya kerana ada yang berpendapat DAJJAL buta mata kiri dan ada yang berkata DAJJAL hanya memiliki satu mata ditengah dahi.
  • Perkataan KAFIR (kha-fa-ra) tertulis didahinya dan hanya boleh dibaca oleh MUSLIM SEBENAR.
  • Tidak berupaya memasuki Makkah dan Madinah.
  • Berfizikal cacat.
  • Berusaha dan berupaya menyesatkan manusia.
  • Berupaya terbang.
  • Berupaya melakukan beberapa keajaban lain.

Ketika kemunculan DAJJAL, IMAM MAHDI akan lahir untuk menentangnya. Akan dibunuh oleh NABI ISA AS di kawasan dipanggil LUDD di dalam ISRAEL.

Terdapat beberapa peringatan daripada RASULULLAH SAW terhadap DAJJAL. Baginda menyatakan bahawa tiada musibah yang lebih besar akan berlaku dari saat NABI ADAM dan HAWA hinggalah ke HARI KEBANGKITAN. RASULULLAH SAW juga mengingatkan agar umat Islam membaca 10 ayat dari Surah Al-Khafi untuk memohon perlindungan ALLAH SWT daripada DAJJAL.